Tumpahan Minyak Akibatkan Kemalangan Di Siburan, Tumpahan Turut Berlaku di Jalan Satok

KUCHING—Tumpahan minyak di Premier Foodcourt Batu 9, Siburan, mengakibatkan kemalangan beberapa buah kereta awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima laporan berhubung kes itu jam 1.01 pagi tadi dengan menggerakkan B─âlai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

“Tumpahan minyak dianggarkan lebih kurang 40 meter yang mengakibatkan kemalangan.

“Pasukan bomba lengkap PPE bertindak menabur pasir di kawasan sepanjang jalan untuk mengelakkan jalan raya daripada licin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tumpahan minyak turut berlaku di Jalan Satok, pihak bomba yang menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.57 pagi menggerakkan BBP Padungan ke lokasi kejadian.

“Tumpahan minyak berlaku dari jejambat Satok hingga ke jambatan Satok dianggarkan lebih kurang dua kilometer.

“BBP Padungan bertindak melakukan operasi dengan menaburkan habuk kayu di sepanjang tumpahan tersebut dan operasi tamat pada jam 2.34 pagi,” katanya.
Next Post Previous Post