Tiga lelaki terlibat kes ugut Larry Sng didenda RM2,500 kerana dadah

SARIKEI-- Tiga lelaki yang sebelum ini terlibat kes melakukan pemerasan dan ugutan terhadap Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng, didenda RM2,500 setiap seorang kerana salah guna dadah di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada masa sama ketiga-tiga tertuduh turut diperintah menjalani pegawasan di bawah Seksyen 2 Penagih Dadah (rawatan dan Akta Pemulihan 1983 ) selama tempoh 2 tahun.

Ketiga-tiga tertuduh membayar denda berjumlah RM 2,500 dengan seorang penjamin tempatan.

Mengikut laporan polis pada 12 Februari lalu, empat suspek ditangkap selepas disyaki melakukan pemerasan dan ugutan terhadap Ahli Parlimen Julau kerana tidak berpuas hati dengan jumlah angpau yang diberikan kepada mereka

Salah seorang suspek pernah dituduh dan di jatuhkan atas kesalahan lain iaitu mendatangkan kecederaan.

Berdasarkan fakta kes, Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin memaklumkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat Larry pada 11 Februari lalu.

"Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada suspek telah menolak seorang penyokong pengadu sehingga jatuh ke tanah dan menyebabkannya mengalami kecederaan “Soft Tissue Injury” di bahagian belakang kepala.

"Bertindak atas maklumat itu pada 12 Februari 2024 jam lebih kurang 6.00 petang, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Julau telah berjaya menangkap empat suspek.

"Ujian saringan air kencing yang telah dijalankan terhadap kesemua suspek mendapati tiga daripada mereka postif dadah jenis benzo dan ketamin," jelasnya.

Tambah Andam sampel urin telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu Sarawak untuk dianalisis, dan hasil analisis ketiga-tiga barang kes berupa specimen air kencing suspek disahkan positif dadah jenis Ketamin.

Dalam pada itu, beliau menggesa masyarakat awam supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mendatangkan sebarang insiden yang tidak diingini. 

"PDRM akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang yang sedia ada bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan masyarakat selari dengan misi, visi dan objektif pasukan," tegasnya.
Next Post Previous Post