Ajak 'one by one' polis buru penunggang dan pembonceng

KUCHING-- Polis sedang mengesan seorang penunggang bersama pembonceng motosikal yang membuat provokasi terhadap pengguna jalan lain yang berlaku di Jalan Demak berhadapan Pasaraya Mydin, Petrajaya.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkata, polis telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu.

"Pada 15 Mac 2024 jam 1.00 petang tular video berdurasi 1.50 minit daripada Facebook orang awam berkenaan sebuah motorsikal tanpa nombor pendaftaran yang ditunggang oleh seorang lelaki bersama seorang pembonceng lelaki telah melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain.

"Kejadian berlaku pada 14 Mac 2024 jam 5.20 petang di Jalan Demak, berhadapan Pasaraya Mydin Petrajaya. 

"Pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan video tular tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes masih dalam siasatan dan pihak polis sedang mengesan penunggang motosikal.

"Polis memohon orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat," ujarnya.

Tegasnya kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post