Tak Pernah Berbangga Gelaran YB, Rakyat Keutamaan Alexander

KAPIT-- Meletakkan khidmat kepada rakyat sebagai khidmat paling utama, Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tidak pernah berbangga dengan gelaran Yang Berhormat(YB).

"Ada apa dengan gelaran “YB”? Yang biasa kita dengar, Yang Berhormat tapi untuk saya, YB sentiasa Yang Berkhidmat.

"Khidmat untuk negara, khidmat untuk bangsa.Khidmat paling utama tentunya kepada rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Katanya, selaku wakil rakyat apabila rakyat memerlukan bantuan mereka mesti dibantu, begitu juga mengambil berat dan mendengar masalah mereka.

"Mana yang bukan bidang kuasa, kita suarakan, mana yang uzur, kita ziarah.
mana yang rosak, kita cuba baiki.

"Yang muda, yang tua, kecil atau besar
Semuanya kita dengar," katanya.

Katanya, selagi beliau menjadi wakil rakyat Kapit kebajikan rakyat di kawasan itu akan diutamakan.
Next Post Previous Post