Laluan Sementara Dibuat Elak Penduduk Terputus Hubungan - Alexander

KAPIT— Laluan sementara atau lencongan telah dibuat bagi membolehkan aktiviti keluar dan masuk penduduk dari dua buah rumah panjang di sini yang terputus hubungan selepas Jambatan Nanga Tisa di Sungai Yong runtuh akibat hujan lebat pada 4 Mac lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang juga Ahli Parlimen Kapit turun padang meninjau sendiri keadaan di lokasi terkesan. 

“Difahamkan kerja-kerja penilaian struktur tanah dan sebagainya bagi pelaksanaan kerja pembaikan sedang dibuat oleh pihak berkuasa.

“Saya juga telah berhubung sendiri dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk menyegerakan kerja pembaikan agar penduduk di sekitar Sungai Yong ini dapat menikmati kemudahan jalan yang lebih selesa sebelum perayaan Gawai tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan semua penduduk agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa berwaspada dengan tanda halangan jalan yang diletakkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Saya juga berkesempatan melawat penduduk dari 38 buah keluarga di Rumah Ngelai Nanga Tisa di Sungai Yong, rumah panjang baharu yang sudah siap dibina. Dalam lawatan ini, saya telah meluluskan sumbangan RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Rumah Ngelai Nanga Tisa Sungai Yong.

“Saya turut menyumbang RM1,000 bagi setiap keluarga di rumah ini dengan jumlah keseluruhan RM38,000. Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu semua keluarga menambah keselesaan di rumah masing-masing,” katanya.

Menyediakan kemudahan infrastruktur term
Next Post Previous Post