Rumah roboh ditenggelami air pasang

KUCHING -- Sebuah rumah di Lorong Teruntum 2 di Kampung Semariang Batu roboh akibat ditenggelami air pasang petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari BBP Petra Jaya bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.30 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah rumah berpenghuni struktur tidak kekal yang hampir roboh sepenuhnya akibat ditenggelami air pasang," ujarnya.

Penghuni rumah bagaimanapun katanya berjaya menyelamatkan diri sebelum rumah tersebut roboh dan hampir separuh ditenggelami air pasang.

Mujurlah katanya semua penghuni berjaya keluar lari menyelamatkan diri.

Pihak bomba menasihatkan pemilik rumah untuk tidak memasuki rumah atas faktor keselamatan dan membahayakan nyawa penghuni rumah.

Setelah pemeriksaan dijalankan dan tiada lagi mangsa terperangkap dalam runtuhan rumah tersebut, maka pasukan bomba menamatkan operasi.

Adalah difahamkan bahawa mangsa menumpang sementara di rumah saudara mara sehingga bantuan tiba.
Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post