JKR Kapit akan siasat kerosakan jalan menggusarkan penduduk

KAPIT-- Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kapit akan turun padang menyiasat kerosakan jalan di Simpang 4, Jalan Kampung Sawang di sini.

Jurucakap jabatan itu berkata, tanggungjawab terhadap jalan berkenaan bukan tanggungjawab JKR sebaliknya di bawah tanggungjawab syarikat balak.

"Jalan yang didakwa penduduk rosak itu adalah milik syarikat balak.

"Bagaiamanapun, JKR Kapit akan turun padang menyiasat dan membantu jika boleh berbubung perkara ini," katanya.

Terdahulu Borneo Network melaporkan penduduk di Kapit gusar berikutan keadaan jalan yang rosak teruk di Simpang 4, Jalan Kampung Sawang yang perlukan perhatian kerajaan.

Memetik laporan Buletin Kapit di laman Facebook, sebelum ini jalan tersebut digunakan pihak syarikat balak yang melaksanakan kerja-kerja di kawasan.

Selepas syarikat itu tutup jalan tersebut tidak digunakan lagi menyebabkannya rosak teruk.

Justeru, penuduk di kawasan itu memohon bantuan kerajaan untuk memperbaiki jalan terbabit yang menjadi jalan utama untuk penduduk keluar bekerja.
Next Post Previous Post