Op Tapis Khas: 29 tokan dadah antara 282 individu ditangkap

KUCHING-- Seramai 29 tokan dadah antara 282 individu yang ditangkap sepanjang operasi Tapis Khas yang dijalankan 4 hingga 6 Mac lalu di seluruh Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, 282 suspek berusia antara 17 hingga 56 tahun, terdiri daripada 273 lelaki dan sembilan wanita ditangkap atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah.

"Daripada jumlah itu, 29 orang termasuk enam warga asing yang ditangkap adalah tokan dadah, 169 suspek pula penagih termasuk sembilan warga asing dan 20 orang yang disenarai orang dikehendaki.

"Manakala 64 orang termasuk tiga warga asing ditangkap atas lain-lain kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, operas itu dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Tambah Mancha, dalam operas itu 342 pemeriksaan telah dijalankan di kawasan pprt, ladang, jeti nelayan, perkampungan, perumahan, rumah kedai, pot dan lain-lain.

"Dalam operasi ini, sebanyak 656.63 gram pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM42,911.60 telah berjaya dirampas iaitu syabu 164.09 gram, ketamin 21.03 gram, pil erimin 5 14.8 gram, serbuk ekstasi 436.8 gram dan pil ekstasi 19.91 gram.

"Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 2,459 orang penagih dadah," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu sepanjang tempoh Januari hingga 6 Mac 2024, PDRM Sarawak melaksanakan 2,312 tangkapan termasuk 154 orang tokan dadah serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai rm 7,624,751.34 dan menyita harta disyaki hasil pendapatan pengedaran
dadah bernilai RM557,294.95.

"PDRM khususnya JSJN akan terus berusaha membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah. pdrm

"Justeru, PDRM berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah yang berlaku di sekeliling mereka dan maklumat boleh disalurkan melalui hotline JSJN di talian 012-2087222," ujarnya.
Next Post Previous Post