4 unit kedai di Jalan Ewe Hai Carpenter Street musnah terbakar

KUCHING -- Sekurang-kurangnya empat unit kedai di Jalan Ewe Hai Carpenter Street musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Padungan bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.04 petang.

Borneo Network difahamkan bahawa pasukan bomba sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

Belum dapat dipastikan keseluruhan jumlah unit premis yang terbakar memandangkan kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dijalankan.

Video PGO Sarawak
Next Post Previous Post