Mangsa bot terbalik di Sungai Niah ditemui mati lemas

MIRI -- Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya karam lalu terbalik di Sungai Niah tengah hari semalam ditemui mati lemas pada jam 3.20 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah Rary Binjie berkata, mayat mangsa berjaya dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan "grappling iron " pada jarak 50 meter ke hilir dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau.

Dengan penemuan mayat mangsa ini sekaligus menamatkan operasi pencarian di hari yang ke-2 ini.

Dalam kejadian tengah hari semalam, mangsa dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik berhampiran Taman Negara Niah di Sungai Niah.

Sepasukan anggota dari BBP Batu Niah kemudiannya bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.03 tengah hari.

Gambar BBP Batu Niah
Next Post Previous Post