Jambatan Nanga Tisa di Sungai Yong runtuh, penduduk dua buah rumah panjang terputus hubungan dengan dunia luar

KAPIT -- Penduduk di dua buah rumah panjang terputus hubungan selepas Jambatan Nanga Tisa di Sungai Yong runtuh selepas berlakunya hujan lebat di kawasan berkenaan awal pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Bravo BBP Kapit dalam kenyataannya hari ini brrkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 7.34 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kejadian tanah susur yang mengakibatkan jambatan runtuh setelah hujan malam tadi," ujar beliau.

Maklumat awal yang diperolehi terdapat 2 buah rumah panjang yang terputus hubungan setelah jambatan tersebut roboh.
Setelah size up dijalankan PKO bertindak menjalankan pememantauan serta pemeriksaan bagi memastikan tiada berlaku kemalangan melibatkan insiden setakat ini.

Tiada operasi menyelamat atau pemindahan mangsa dijalankan yang mana PKO kemudiannya bertindak meletakkan tanda penghalang jalan agar penduduk sekitar berhati hati melalui jalan tersebut.

Pasukan bomba dalam masa sama menasihatkan penduduk sekitar supaya sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dengan keadaan runtuhan bagi keselamatan semua pihak.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula bali ke balai.
Gambar BBP Kapit
Next Post Previous Post