Lelaki tahan azab hampir 1 jam, cincin tersangkut pada jari kelingking tangan kiri

LAWAS -- Seorang lelaki terpaksa menahan azab hampir 1 jam selepas cincin yang dipakainya tersangkut pada bahagian jari kelingking tangan kiri beliau, malam tadi.

Jurucakap Pasukan Alpha BBP Lawas dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggotanya bergerak ke lokasi sejurus menerima makluman dari Hospital Lawas bagi menjalankan khidmat khas memotong cincin berkenaan.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa yang mana cincin tersangkut pada jari kelingking beliau," ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak memotong cincin tersebut dengan menggunakan alat khas pemotong cincin.

Setelah itu, cincin tersebut dapat ditanggalkan pada jam 11.26 malam dan setelah keadaan didapati benar-benar selamat maka pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak balik ke balai.

Gambar BBP Lawas
Next Post Previous Post