Bungkus dadah bersama pakaian terpakai kaburi pihak berkuasa

KUCHING -- Bungkus dadah bersama pakaian terpakai. Itu taktik yang digunakan sindiket bagi menggaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik itu berjaya dipatahkan Kastam Sarawak dengan kejayaan rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 46 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta dalam satu serbuan pada 6 Mac lalu di sebuah rumah di Matang.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya berkata, sindiket itu membawa masuk dadah ke Sarawak menggunakan pengangkutan udara dan telah beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu.

“Seorang suspek lelaki berusia lewat 20-an turut ditahan disyaki ahli kepada sindiket pengedaran dadah terbabit.Pemeriksaan rapi yang dijalankan di rumah terbabit membawa kepada penemuan 45 paket teh yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 46 kilogram,” katanya pada sidang media Ibu pejabat JKDM Sarawak di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, kesemua bungkusan tersebut disembunyikan dalam empat bungkusan pakaian terpakai yang diletakkan di ruang tamu tingkat bawah rumah berkenaan.
“Suspek bertanggungjawabjawab untuk melakukan agihan dan penghantaran kepada penagih-penagih di sekitar Kuching.

"Berdasarkan berat dadah yang diperoleh, dianggarkan seramai 450,000 orang dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah tersebut," ujarnya.

Katanya, suspek terbabit telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 7 Mac lalu dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957.
Next Post Previous Post