Berehatlah dengan tenang syurgaku, coretan Anis di FB

KUCHING-- 'Berehatlah dengan tenang wahai syurgaku, sesungguhnya urusan di duniamu sudah selesai', itu coretan Anis Nur Ezzati, di laman Facebook miliknya.



Alhamdullillah suamiku Iskandar Zulkarnain ❤️

Wahai syurgaku, 40hari sebelum ajalmu aku yang terakhir yang ada disampingmu setiap hari, telah aku lihat setiap perilakumu yang tak seperti biasa bila bersamaku, tapi kerana cinta & kasih yang sangat dalam, aku ketepikan semua perasaan itu

Wahai syurgaku, dari hari pertama aku mendapat khabar duka tentang dirimu, setiap hari aku berdoa supaya Allah kembalikan mu sama seperti saat mana waktu engkau meninggalkan ku untuk pergi menjalankan tugasmu untuk negara. 

Tapi isteri mu ini hanya hamba allah seperti dirimu, takdir yang telah tertulis tak boleh aku ubah. 

Wahai syurgaku, terima kasih telah kembali ke pangkuan ku kembali, walaupun dirimu tidak seperti biasa, untuk aku urus dirimu dari awal hingga ke akhir. Sungguh aku sudah redha dengan ketentuan ilahi, terima kasih untuk kasih & sayangmu selama aku mencari isterimu . Telah aku halalkan semuanya.

Jenazah mu selamat dikebumikan di negeri tempat mu menabur bakti ❤️


Mayat terakhir mangsa bot karam di Sungai Batang Baleh berhampiran SK Lepong Balleh ditemukan pada Jumaat.

 Mayat Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, dijumpai terapung oleh orang awam sekitar jam 11.30 pagi di kawasan Seputin iaitu pada jarak dua kilometer dari jarak lokasi kejadian

Dalam tragedi pada 7 Mac lalu, Iskandar bersama tiga lagi mangsa yang lain dilaporkan hilang selepas bot fiber yang dinaiki mereka bersama seorang lagi yang terselamat karam dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit untuk membawa bahan letupan seberat 35kg dan detonator.

Tiga mangsa terbabit ialah Sarjan Jonathan Lambet, 51, Amerson John Nain, 47, dan Jack Balan, 44, manakala mangsa yang terselamat dikenali sebagai Moses Ngui, 47.

Semasa kejadian, Iskandar dan Jonathan yang bertugas di IPD Kapit terlibat bagi mengiringi bahan letupan berkenaan untuk kegunaan meletup batu bagi pembinaan jalan.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Sibu, semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata turut hadir memberikan penghormatan terakhir, serta merenjis air mawar di pusara arwah.

AL-FATIHAH
Next Post Previous Post