Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 siap 42.56 peratus, dahului jadual

Gambar Credit UKAS

SRI AMAN-- Kerja- kerja projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 kini sudah siap 42.56 peratus, 14 hari lebih awal daripada dirancang.

Projek jambatan kabel kekal tertinggi di Malaysia menelan kos sebanyak RM223.6 juta itu dijangka siap pada bulan Julai 2025.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, siapnya jambatan itu kelak bakal menjadikannya jambatan kabel kekal tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 145.5 meter. 

"Selain akan menjadi meecu tanda baharu di Sri Aman jambatan tersebut juga akan memberi kemudahan akses jalan raya serta membuka banyak lagi kawasan di sepanjang laluan menuju ke Betong," katanya.

Katanya, dengan siapnya jambatan itu nanti akan menyingkatkan jarak menuju ke daerah Betong iaitu hanya sejauh 24 kilometer dengan mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.

Beliau turut percaya banyak lagi kemudahan lain akan dapat dibangunkan di sekitar kawasan jambatan itu yang akan menjadi lubuk rezeki kepada penduduk kelak.
Next Post Previous Post