Asap tebal selubungi Kuala Baram akibat kebakaran hutan paya gambut

MIRI— Kebakaran hutan paya gambut di kawasan hutan antara Permyjaya dan estet di Kuala Baram menyebabkan kawasan berhampiran diselubungi jerebu sejak pagi tadi.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, mereka menerima laporan kebakaran hutan itu sekitar jam 10 pagi.

“Setakat jam 1 petang tadi kebakaran melibatkan keluasan 21 hektar dan dijangka merebak ke kawaan yang lebih luas.

“Ketika ini pihak Naim Emergency Response, Bomba dan Woodman sedang berusaha untuk membuat pemadaman dan total flooding di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan penduduk di kawasan berhampiran mengurangkan aktiviti di luar rumah seperti jogging dan berbuka puasa.

“Orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan juga dinasihatkan berada dalam rumah untuk mengelakkan kesesakan nafas,” katanya.


Gambar ihsan Bomba Miri
Next Post Previous Post