3 hari diburu polis, akhirnya serah diri

KUCHING-- Selepas tiga hari diburu pihak polis, remaja lelaki yang melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain akhirnya menyerah diri malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 18 tahun itu menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching jam 9.30 malam.

"Suspek ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

"Turut dirampas ialah sebuah motosikal Honda Ex 5(C100) berwarna coklat keemasan milik suspek," katanya dalam kenyataan malam ini.

Merujuk video tukar berdurasi 1.50 minit daripada Facebook orang awam, sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang seorang lelaki bersama pembonceng lelaki telah melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya.

Kejadian berlaku pada jam 5.20 petang, 14 Mac di Jalan Demak Jaya Kuching berhampiran Pasaraya Mydin.


Katanya, suspek kini ditahan reman selama dua hari mulai esok hingga 19 Mac ini.

"Semakan terhadap suspek didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga negatif dadah," ujarnya.
Next Post Previous Post