Pemandu nyaris maut, kereta dipandu terbakar

KOTA SAMARAHAN -- Seorang pemandu nyaris maut selepas kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar di kawasan Kampung Tambay di sini malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Kota Samarahan bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 malam.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan sebuah kereta model Perodua Kancil yang terbakar sepenuhnya," ujar beliau.

Pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan 1 aliran salur bantu mula air dari jentera bomba untuk mengawal dan memadamkan kebakaran yang berlaku.

Setelah api berjaya dikawal dan tiada berlaku kebakaran berulang, pasukan bomba menamatkan operasi memadam dan menyerahkan kepada PDRM bagi menjalankan siasatan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post