Warga emas 2 hari tidak balik rumah dijumpai mati lemas

SERIAN -- Seorang warga emas lelaki dua hari yang tidak balk ke rumah di Kampung Rintung Karas ditemui mati lemas di permukaan sungai di kawasan Kampung Slabi Plaman tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat yang dijumpai penduduk kampung terapung di sungai berkenaan disahkan sebagai Manjun Nadang 71 yang keluar rumah sejak dua hari lepas.

"Hasil daripada pembincangan bersama pihak bomba dan agensi berkaitan lain yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR), kumpulan SAR dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana usaha pencarian tertumpu kepada 3 sektor iaitu tebingan sungai, kawasan kampung dan sawah padi milik mangsa," ujarnya.

Pada jam 12:15 tengahari jelasnya, pasukan SAR menerima panggilan daripada penduduk Kampung Slabi Plaman yang menemui mayat terapung di permukaan sungai di kampung terbabit.

Hasil pengecaman oleh ahli keluarga mangsa,mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang sejak petang Isnin lalu.

Pihak Bomba kemudiannnya bertindak mengangkat mangsa ke pengusung dari tebing sungai dan diserahkan ke pihak polis untuk tindakan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post