Kes tular di Brighton Square, polis sedang jalankan siasatan kerana merusuh

KUCHING-- Polis kini memburu individu-individu yang terlibat dalam rusuhan di Brighton Square di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, siasatan sedang dijalankan kerana merusuh.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Melvin Wee menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM5,000 kepada orang awam yang berjaya menahan lima individu terbabit.

Beliau turut berkongsikan gambar-gambar individu terlibat yang difahamkan kesemua lelaki.
Next Post Previous Post