UPM & Swinburne bantu petani Gedong

GEDONG -- Makmal kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Swinburne Sarawak akan dibina di Mini Isthmus, Gedong di mana projek pembinaan kompleks baharu di Gedong itu kini sudahpun bermula.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, kedua-dua makmal tersebut akan mempunyai tujuan yang berbeza namun bersama-sama meningkatkan sektor pertanian di kawasan Gedong.

“Kita akan mempunyai makmal untuk universiti pertanian dan juga Universiti Swinburne Sarawak.

“Makmal bagi Universiti Swinburne ini akan lebih memfokuskan kepada teknologi yang akan digunakan dalam pertanian yang menggunakan kaedah digitalisasi dalam penyimpanan data hasil pertanian,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Projek Agrihub @Gedong di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, kedua-dua makmal serta fasiliti lain seperti pejabat pentadbiran dan pusat komersial dijangka dapat disiapkan menjelang tahun 2025 dan akan dibangunkan dari peringkat ke peringkat sehingga tahun 2027 bagi peringkat pertama pembinaan Mini Isthmus tersebut.

Selain daripada fasiliti tersebut, antara lain yang akan ditingkatkan di kawasan Gedong termasuklah bekalan elektrik dan air di bawah salah satu projek meningkatkan infrastruktur asas di kawasan Gedong bagi kemudahan masyarakat setempat.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.