10 penghuni dua blok rumah pekerja kilang di Jalan Semangat Pending Industrial terselamat dalam kebakaran

KUCHING -- 10 penghuni dua blok rumah pekerja di sebuah kilang perindustrian di Jalan Semangat Pending Industrial berjaya keluar lari menyelamatkan diri dari mati terbakar dalam kebakaran yang berlaku pada jam 9.55 malam tadi.

Maklumat awal yang diterima dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengatakan, sepasukan anggota PKO BBP Tabuan Jaya dengan bantuan BBP Padungan dan BBP Petra Jaya bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta memadam kebakaran.

"Sejurus sampai, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran yang berlaku secara offensive dan defensive menggunakan 4 aliran 300 kaki 8 nozzle dan 2 aliran saluran bantu mula," jelasnya.

Siasatan awal yang dijalankan mendapati kebakaran dipercayai berpunca dari blok A sebelum merebak ke blok B.

Setelah hampir satu jam bertungkus-lumus memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal pada jam 10.51 malam.

"Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya berjaya lari menyelamatkan diri dari blok kediaman terbabit," tambah beliau.

Setakat ini, kerja-kerja overhaul masih lagi dijalankan bagi memastikan api berjaya dipadam sepenuhnya dan tiada berlaku kebakaran berulang.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.