Fadillah ketuai 7,000 peserta larian antarabangsa Anak Sarawak

KUALA LUMPUR--Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Fadillah Yusof malam tadi
menyertai larian sejauh enam kilometer (km) pada acara Anak Sarawak International Half Marathon (ASIHM21) di sini, yang disertai hampir 7,000 peserta dalam dan luar negara.

Beliau yang juga penaung Sarawak Volunteers yang menganjurkan acara larian itu, Fadillah turut melepaskan peserta bagi dua kategori lain iaitu 11 km dan 21 km.

"Meriah sungguh acara malam ini, yang rata-ratanya disertai anak-anak Sarawak dari serata tanah air.

"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menjayakan larian malam ini," katanya berucap merasmikan pelepasan peserta di hadapan Ibu Pejabat Lembaga Getah Malaysia dan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

ASIHM21 yang bermula pada 8 malam tadi meliputi kawasan utama Kuala Lumpur dengan laluan melalui dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

 Peserta dari pelbagai negara turut mengambil bahagian antaranya Turkiye, Korea Selatan, Singapura, Sepanyol, Jerman, Itali, Kanada, Argentina, Thailand, Brunei dan Indonesia.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.