5 alami kecederaan, 4WD dinaiki jatuh telungkup ke dalam parit

SRI AMAN -- Empat nyaris maut selepas kenderaan pacuan emat roda (4WD) yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam parit tepi jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Simpang Batu Lintang Undop petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota dari BBP Sri Aman bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.10 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah 4WD model Ford Ranger yang terjatuh ke dalam parit tepi jalan dalam keadaan terbalik," jelasnya.

Kelima-lima mangsa yang merupakan lelaki dan mengalami kecederaan bagaimanapun keluar dari kenderaan yang dinaiki dengan bantuan orang awam.

Pihak bomba dengan bantuan EMRS kemudiannya bertindak menghantar kesemua mangsa ke Hospital Sri Aman bagi diberikan rawatan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post