Premier Sarawak dan Isteri Teruskan Kunjungan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

KUCHING -- Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sr (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang meneruskan kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina. 

Kunjungan pertama beliau adalah di kediaman keluarga Timbalan Premier Sarawak Prof. Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. 

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan isteri. 

Kunjungan kedua beliau dan isteri adalah di kediaman keluarga ADUN Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang.

Seterusnya, Abang Jo dan isteri meneruskan kunjungan rumah terbuka kediaman keluarga Timbalan Menteri teri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato Sri Huang Tiong Sii. 

Turut hadir, Timbalan Premier Prof. Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan isteri serta dif-dif kenamaan yang lain. 

Setelah itu, Premier Sarawak seterusnya berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu cina Teochew Association bertempat di bangunan Persatuan Teochew Kuching. 

Dalam majlis tersebut Premier turut diberi taklimat ringkas berkenaan dengan sejarah pertubuhan tersebut. 

Kunjungan terakhir adalah di kediaman keluarga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng.

Kredit Sumber Sarawakku
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.