Pejalan kaki maut dilanggar kereta di Jalan Sri Aman/Sarikei

SRI AMAN-- Seorang pejalan kaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer (km) 49, Jalan Sri Aman/Sarikei.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Suprintendan Mathew Manggie berkata, dalam kemalangan sekitar jam 11.20 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Endayan Ngabong berusia 73 tahun.

"Kemalangan melibatkan seorang pejalan kaki dengan sebuah kereta Perodua Bezza yang dipandu seorang pemuda, 26, di di km 49, Jalan Sri Aman/Sarikei.

"Berdasarkan siasatan di tempat kejadian, pemandu yang sedang memandu di lorong kanan dari arah Kuching menuju ke Miri telah melanggar mangsa yang pada masa itu menyeberangi jalan secara tiba-tiba dari bahu jalan ke tengah jalan. 

"Pemandu terkejut melihat mangsa dan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa di bahagian sebelah kiri kenderaannya (cermin sisi sebelah kiri).

"Kesan perlanggaran berlaku di tengah-tengah jalan menuju ke Sarikei," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, akibat kemalangan itu mangsa terpelanting ke atas jalan raya dan telah mengalami kecederaan di bahagian kepala. 

Tambahnya, pemandu telah membawa mangsa menggunakan kenderaannya ke Klinik Kesihatan Skrang yang terletak lebih kurang 5 km dari tempat kemalangan.

Namun, katanya setibanya di Klinik Kesihatan Skrang mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh doktor Klinik Kesihatan Skrang, Sri Aman. 

"Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Sri Aman untuk tujuan bedah siasat. 

"Kemalangan tersebut menyebabkan Perodua Bezza mengalami kerosakan patah cermin sisi sebelah kiri. 

"Cuaca masa kejadian adalah baik. Kes di siasat di bawah Seksyrn 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post