Mayat wanita mati lemas ditemui tersangkut pada pukat di Sungai Suai

MIRI -- Penduduk di Rumah Edward Chai di Sungai Merebang dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang tersangkut pada pukat yang dipasang di Sungai Suai awal pagi tadi.

Maklumat yang diperoleh dari Pasukan Alpha BBP Batu Niah, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung penemuan mayat terbabit pada jam 7.10 pagi.

Sampai di lokasi, pasukan bomba menerima makluman bahawa mayat mangsa, Veronica Sunta Matthew Sang, 20, sudah berjaya dikeluarkan oleh penduduk kampung dan sudah dihantar balik ke rumah asal mangsa di Rumah Boniface Bada di Sungai Senga Tanjung Baru.

Setelah mendapat maklumat mangsa telah dihantar ke rumah panjangnya sendiri, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 8.48 pagi sebelum bertolak balik ke balai.

Gambar BBP Suai
Next Post Previous Post