Mayat dijumpai di Sungai Bintawa adalah Mohamed Hanafi: KPD Padawan

KUCHING-- Mayat lelaki yang dijumpai di sungai Bintawa pagi tadi disahkan Mohamed Hanafi Mohamed Nassir, 35, yang dilaporkan hilang sejak 15 Februari lalu di Taman Malihah Jalan Matang/Batu Kawa.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata, Balai Polis Bintawa menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu sekitar jam 8.40 pagi tadi.

"Maklumat awal daripada orang awam berhubung penemuan mayat terapung di kawasan sungai Bintawa.

"Pada jam 12.00 tengah hari, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Kuching telah menjumpai mayat lelaki tanpa identiti di Sungai Bintawa dan mayat telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan pengecaman mayat oleh pihak keluarga mangsa.

"Oleh itu, polis IPD Padawan mengesahkan bahawa mayat lelaki tanpa identiti tersebut adalah Mohamed Hanafi Mohamed Nassir yang dilaporkan hilang sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya Kes akan disiasat sebagai
Laporan Mati Mengejut (SDR) oleh Balai Polis Gita, IPD Kuching.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Pihak PDRM IPD Padawan mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga mangsa," ujarnya.
Next Post Previous Post