Lima sekeluarga hilang tempat berteduh, rumah musnah terbakar

KUCHING-- Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah terbakar di Kampung Semariang Batu di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran yang melibatkan sebuah rumah 2 tingkat di kampung itu sekitar jam 3.42 petang.

"Berikutan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi kejadian, mendapati benar belaku kebakaran melibatkan sebuah rumah 2 tingkat struktur separuh kekal, terbakar 80 peratus keseluruhan yang bermula daripada Tingkat atas rumah tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pasukan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke unit rumah bersebelahan. 

Dalam insiden ini katanya penghuni rumah tidak berada di rumah dan tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan semasa kejadian berlaku.

Tambahnya, rumah ini dihuni lima sekeluarga iaitu seorang lelaki dewasa berusia 27 tahun, wanita dewasa berusia 26 tahun, dua kanak-kanak perempuan 10 dan lima tahun dan seorang bayi lelaki berusia 12 bulan.

Mengulas lanjut operasi, katanya pemadaman secara "Offensive" dengan membentang hos 1 aliran 400 kaki, 2 Nozel 1x Pam Angkut, sumber air dari Pili Bomba berhampiran dibantu anggota dari BBP Padungan sehingga kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya. 

Menurutnya, setelah selesai kerja-kerja overhaul dan memastikan tiada punca nyalaan di lokasi, pasukan bertolak balik ke balai.
Next Post Previous Post