Lelaki parah, 4WD dipandu merempuh belakang lori kargo 5 tan rosak tepi jalan

BINTULU -- Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori 5 tan yang diparkir di tepi jalan kawasan Setiam Jalan Bintulu-Tatau tengah malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau, Jankey Jikat, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 12.13 tengah malam.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden sebuah 4WD merempuh bahagian belakang sebuah lori 5 tan," ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak melakukan pemeriksaan atas 4WD terbabit lalu menyerahkan mangsa ke Unit Ambulans supaya diberikan rawatan lanjut di Hospital Bintulu.

Pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua barangan peribadi milik mangsa termasuk wang tunai bernilai RM2, 053 turut diserahkan rakan sekerja mangsa kepada ahli keluarga beliau.

Setelah selesai kerja menyelamat dan keadaandidapatibenar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 12.58 tengah malam sebelum bertolak semula balik ke balai.

BBP Tatau
Next Post Previous Post