13 rumah setinggan Skim Penempatan Telipok terbakar

Kota Kinabalu— Sebanyak 13 rumah setinggan di kawasan Skim Penempatan Telipok, di sini, terbakar tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari itu, 12 rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya manakala sebuah rumah lagi hanya terbakar bahagian bilik mandi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari.

“Sepasukan pegawai dari BBP Kota Kinabalu, Lintas dan Tuaran bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

Kebakaran memusnahkan 12 rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok, tengah hari tadi. Gambar ihsan Bomba Sabah

"Kejadian membabitkan 13 rumah jenis tidak kekal iaitu 12 rumah terbakar sepenuhnya.

"Sebuah rumah lagi hanya terbakar bahagian bilik mandi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi kebakaran dapat di kawal pada jam 1.41 petang dan usaha memadam kebakaran masih dijalankan. 

Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,tambahnya.
Next Post Previous Post