Lampu isyarat, pelebaran jalan atasi kesesakan di Bulatan Pujut 3

Bulatan Pujut 3 (Bulatan GK) bakal dinaik taraf kepada persimpangan lampu isyarat. Gambar ihsan Kementerian Kerja Raya

MIRI— Projek naik taraf jalan di Bulatan Pujut 3 (Bulatan GK), di sini yang membabitkan pembinaan persimpangan lampu trafik dan pelebaran jalan dijangka dapat mengurangkan kesesakan teruk di jalan itu terutama pada waktu puncak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sejumlah RM10.4 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan beberapa kerja penyenggaraan dan naik taraf jalan di Bahagian Miri.

“Ini termasuklah bagi kerja penyenggaraan berkala dan berkala bukan pavemen, pembaikan jambatan Sungai Lutong dan menaik taraf Jalan Bulatan Puchong-Sg Lutong dan menaiktaraf Bulatan Pujut 3 (Bulatan GK) kepada persimpangan lampu isyarat yang telah mendapat kelulusan Kerja Awalan dibawah peruntukan Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12),” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM400,000 bagi membaiki jalan-jalan hotspot dan blackspot di Miri.

Terdahulu, Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan berkata, jalan ini berfungsi sebagai jalan arteri utama bagi penghuni dari Lutong, Tudan, Permyjaya, Senadin, Kuala Baram, Brunei, Limbang untuk menuju ke kawasan bandar Miri.

“Banci trafik bagi jalan tersebut yang dibuat pada 5 Januari 2022 merekodkan sebanyak 65,799 jumlah kenderaan melalui jalan tersebut dari 6 pagi sehingga 10 malam. 

“Pembangunan tanah yang rancak di sepanjang jajaran jalan dan kawasan sekitarnya, bulatan yang sedia ada sekarang tidak dapat menampung jumlah trafik yang meningkat dengan pantas,” katanya.

“Projek ini telah mendapat kelulusan Kerja Awalan dibawah peruntukan Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Skop kerja yang diluluskan adalah kerja ukur tanah dan penyiasatan tanah dengan kos anggaran RM1.23 Juta,” katanya.

Projek turut meliputi pelebaran jalan dari Bulatan Saberkas/Pujut ke Persimpangan Pujut 7 daripada laluan berkembar empat lorong kepada enam lorong sepanjang tiga kilometer. 

Dalam lawatan semalam, Nanta meninjau Projek Lebuhraya Trans Borneo (Seksyen Kuala Baram - CIQ Sg Tujoh), Projek Lebuhraya Pan Borneo WPC 11 (Lokasi Viaduct) Sungai Tangap ke Jalan Pujut Link, Penyenggaraan jalan di Laluan 1/79A Miri Airport Junction / Puchong Roundabout
dan Bulatan Pujut (Bulatan GK)

Seiring semangat program MYJalan, saya turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM400,000 bagi membaiki jalan-jalan hotspot dan blackspot di Miri.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.