Tujuh kereta mewah musnah dalam kebakaran

KUCHING—Tujuh kereta mewah yang diparkir di garaj sebuah kedai menjual kenderaan di Bintawa, di sini musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Antara kenderaan yang musnah itu ialah Volkswagen, Mercedes, BMW dan Audi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 4.50 pagi tadi.

“Setibanya di lokasi, api sedang merebak pada kenderaan yang diletakkan di dalam garaj kedai berkenaan.

“Terdapat lapan kereta di dalam garaj itu dan sebuah daripadanya berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, namun kebakaran itu tidak membabitkan struktur bangunan.

Katanya, kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 5.28 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.49 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Gambar ihsan PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.