Tiga lelaki cedera ditembak di Sibu

SIBU— Tiga lelaki cedera selepas dua lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan ke arah mereka ketika sedang menikmati minuman di kedai kopi di Jalan Wong King Huo, di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek tiba dengan menaiki motosikal dan melepaskan tembakan ke arah kumpulan lelaki berkenaan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Tiga lelaki yang ditembak itu kemudian dibawa ke klinik swasta untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi petang tadi mengesahkan kejadian itu.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya malam ini.

Zulkipli menambah, kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 27 hingga 33 tahun dilaporkan dalam keadaan stabil.
Next Post Previous Post