SPRM peroleh kebenaran sambung reman bekas setiausaha politik dan ahli perniagaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang ahli perniagaan bergelar Dato' Sri berhubung kes meminta serta menerima suapan daripada beberapa syarikat yang mendapat tender di sebuah kementerian.

Perintah reman selama tiga (3) hari bermula 28 hingga 30 Januari 2024 terhadap kedua-dua suspek yang berusia sekitar 40-an dikeluarkan Majistret Ain Nurshahira Sahzan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Sebelum ini, kedua-dua suspek itu telah direman selama empat hari bermula 24 Januari lalu bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

Mereka dipercayai telah menerima suapan daripada syarikat serta kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.

Sepanjang tempoh siasatan, SPRM telah menyita dan merampas beberapa buah kenderaan mewah yang dmiliki oleh saspek saspek. Kenderaan yang telah disita tersebut ialah Rolls Royce Ghost V12 Ewb, Mercedes-Benz G63 Amg Brabus, Range Rover Autobiography, Porche Cayenne, Toyota Land Cruiser, Mini Cooper Works Rhd, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz S400L. Kesemua kenderaan mewah tersebut kini disimpan di Gudang Sita SPRM.

Dipercayai kenderaan kenderaan mewah tersebut adalah hasil dari sumber rasuah yang telah diperoleh oleh suspek bersangkutan dengan tender di kementerian terbabit.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Dato' Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan reman lanjut terhadap dua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009
Next Post Previous Post