Sarjan direman tipu RM500,000

Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Sibu hari ini.

SIBU— Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang disyaki terlibat dalam kes penipuan membabitkan wang tunai RM500,000 direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Oon Kork Chern.

Suspek yang berusia 34 tahun dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta dengan sebat, dan boleh juga didenda jika sabit kesalahan.

Sebelum ini mangsa mendakwa melakukan beberapa transaksi ke akaun suspek antara bulan Oktober hingga Disember 2023.

Suspek diperintahkan dihadapkan semula ke mahkamah pada Isnin depan.
Next Post Previous Post