KPDN rampas 12,786 liter minyak diesel cuba diseleweng

KUCHING— Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak merampas 12,786 liter diesel bersubsidi yang cuba diseleweng dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Batu Kitang di sini malam tadi.

Serbuan itu dibuat oleh sepasukan pegawai penguat kuasa dalam operasi bersepadu bersama cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak, menurut KPDN Sarawak dalam kenyataan malam tadi.

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak 12,786 liter minyak diesel yang bernilai RM27,489.90 dan jumlah keseluruhan nilai rampasan di anggarkan sebanyak RM115,989.90.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1), Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan oleh pengawal bekalan,” katanya.

Sabitkan kesalahan, jika pesalah itu adalah pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua.

KPDN Sarawak merampas 12,786 liter diesel bersubsidi yang cuba diseleweng dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Batu Kitang di sini malam tadi.


Jika pesalah itu bukan satu pertubuhan perbadanan, dia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya.

Orang awam boleh menyalurkan aduan dan pertanyaan dengan menghubungi KPDN Sarawak di 082-537703 (Bilik Gerakan), 019-2794317 atau 019-8488000 (Whatsapp Aduan Pengguna), 1-800-886-800 (hotline) atau e-aduan.kpdnhep.gov.my 

Gambar ihsan KPDN Sarawak
Next Post Previous Post