Sarawak nafi diskriminasi,aniaya firma China batal kontrak
BETONG— Sarawak tidak mengamalkan sebarang langkah diskriminasi atau menganiaya firma dari China yang terlibat dalam projek infrastruktur besar di negeri ini.
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata tanggapan itu sebuah firma dari China ditamatkan kontrak selepas pembinaan Jambatan Rambungan di Kuching tertangguh.
“Sebenarnya, kami mempunyai beberapa firma kejuruteraan dari China yang terlibat dalam pelaksanaan projek infrastruktur besar kami dengan rakan kongsi tempatan di seluruh negeri.
"Kami tidak menganiaya atau mendiskriminasi sesiapa sebaliknya kami sentiasa sangat objektif dalam penilaian kami terhadap mana-mana prestasi kontraktor dalam projek kami,” katanya dipetik UKAS.
Datuk Amar Douglas Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan memberitahu media hari ini selepas melawat tapak pembinaan jambatan Batang Saribas 2 di Beladin.
“Sebab itu saya menjemput Konsul Jeneral Xing untuk menyertai saya dalam lawatan ini.
“Kami mahu menunjukkan kepadanya bagaimana kami menjalankan taklimat kemajuan pelaksanaan projek kami.
“Sebenarnya, ketiga-tiga projek jambatan ini juga melibatkan kontraktor dari China.
“Kami juga telah memaklumkan kepada beliau sekiranya mereka gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan, ada masanya kami terpaksa menamatkan kontrak mereka seperti yang kami lakukan dalam projek Jambatan Rambungan.
Mengulas lanjut, Uggah berkata kerajaan hanya mengenakan peraturannya dan undang-undangnya bagi memastikan kontraktor bertanggungjawab menyiapkan projek mereka tepat pada masanya.
"Saya harap Xing akan memahami pendekatan kami,” kata beliau.
Mengenai projek jambatan Batang Lupar 1 bernilai RM849 juta, Datuk Amar Douglas Uggah berkata beliau gembira dengan kemajuannya.
“Terdapat beberapa isu kecil yang kami nasihatkan kepada kontraktor untuk mencari jalan untuk menyelesaikannya dengan segera.
“Kami menjangkakan jambatan ini akan siap pada November 2025 jika semuanya berjalan lancar.”
Mengenai Jambatan Saribas 1, beliau berkata projek bernilai RM375.5 juta itu disasarkan siap pada April 2025.
“Kami mengadakan perbincangan yang berkesan dengan kontraktor berkenaan beberapa isu.
“Pada masa ini, kemajuan prestasi mereka tidak memuaskan dengan kemajuan fizikal 76.60 peratus berbanding jadual 86.54 peratus.
"Mereka juga berdepan beberapa isu yang kami nasihatkan supaya mereka selesaikan bagi meningkatkan prestasi mereka," katanya.
Mengenai projek Jambatan Saribas 2, beliau berkata projek bernilai RM385 juta itu dijangka siap pada 1 Ogos 2025.
Turut serta ialah Konsular Jeneral China ke Sarawak Xing Weiping, Setiausaha Tetap MIPD Datu Chiew Chee Yau dan Timbalan Pengarah JKR Meehan Jorai.
Gambar Kredit UKAS