Penunggang motosikal warga emas maut dalam kemalangan berantai

KUCHING -- Seorang penunggang motosikal warga emas lelaki maut dalam kemalangan berantai yang melibatkan sebuah kereta dan lori berhampiran Kampung Kranji Jalan Kuching-Bau awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang menunggang motosikal model Yamaha dikenali sebagai Liew Jiu Tchin berusia 73 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Bau.

Dua lagi mangsa iaitu pemandu kereta Perodua Viva dan lori tanah bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Bau bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.02 pagi.

Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan berantai yang melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kenderaan yang mana seorang mangsa didapati terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudiannya dirujuk kepada Unit Ambulans Hospital Bau sebelum diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut," jelasnya.
Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post