Penunggang motosikal parah, motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan

BINTULU -- Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di kawasan bulatan Selungun Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri malam tadi.

Jurucakap Pasukan Charlie BBP Samalaju dalam kenyataan yanh dikeluarkan berkata, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8 malam.

"Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah motosikal yang mana penunggangnya mengalami kecederaan parah," jelas beliau.

Mangsa yang berusia 19 tahun didapati mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Sejurus itu, mangsa diserahkan kepada pasukan KKM yang turut berada di lokasi insjden sebelum dibawa ke Hospital Bintulu untuk diberikan rawatan lanjut.

"Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 8.23 malam sebelum bertolak balik ke balai," ujarnya lagi.

Gambar BBP Samalaju
Next Post Previous Post