Pelajar dakwa dirogol sarjan polis

SERI ISKANDAR—Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan sebanyak dua kali pada September dan Oktober tahun lalu.

Memetik BuletinTV3, perbuatan yang didakwa dilakukan di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah itu terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes terbabit pada 20 Januari lalu.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis sedang menunggu serahan laporan kesihatan oleh pihak hospital.

“Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa,” katanya.

Terdahulu sumber berkata, polis telah memanggil mangsa bersama ahli keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk dirakam keterangan masing-masing mengikut Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Identiti suspek berusia 42 tahun dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa.

“Polis juga merampas dua telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan dan suspek,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.