Pelajar dakwa dirogol ‘men in black’ semalam, rupanya sudah hamil 5 minggu

JEMPOL—Gara-gara takut dimarahi keluarga kerana terlanjur dengan teman lelaki sehingga hamil, seorang pelajar kolej sanggup membuat laporan polis kononnya dia dirogol.

Bagaimanapun, helahnya terbongkar apabila pemeriksaan lanjut di Hospital Jempol mengesahkan dia tidak cedera sebaliknya sudah hamil lima minggu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, berkata pelajar berusia 20 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Batu Kikir jam 7.26 malam tadi.

Sehubungan itu, siasatan termasuk merakam keterangan mangsa yang mendakwa dirogol pada jam 6.15 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Serting Ilir, Bahau.

"Pelajar itu mendakwa dirogol selepas kediamannya dimasuki lelaki tidak dikenali yang memakai pakaian hitam dan bertopeng.

“Namun siasatan piihak forensik di lokasi kejadian tidak menjumpai spesimen atau air mani,” katanya dipetik Berita Harian.

Beliau menambah, pemeriksaan ke atas telefon bimbit pelajar itu mendapati terdapat perbualan antara teman lelakinya yang mencurigakan.

“Pelajar tersebut ketika disoal siat mengaku memalsukan laporan dan kejadian rogol itu adalah rekaan semata-mata kerana takut diketahui keluarga,” kata Chang Hook.

Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Next Post Previous Post