Lelaki Indonesia seludup barang kawalan ditangkap

LUBOK ANTU— Polis berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki warganegara Indonesia untuk menyeleweng barang-barangan kawalan di Jalan Entugam/Batu Kaya, Lubok Antu, 4 kilometer dari Sempadan Malaysia/Indonesia, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP Victor Ripon, berkata suspek berusia 39 tahun ditahan semasa memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Entugam-Batu Kaya sekitar jam 3.45 petang yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa Ops Lejang/Rantau di at di Jalan Entugam/Batu Kaya, Lubok Antu (jarak 4 Kilometre dari Sempadan Malaysia/Indonesia), pasukan telah menahan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan memcurigai. 

"Hasil pemeriksaan menemukan pelbagai jenis barang-barang terkawal yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara barang terkawal itu, jelasnya, 48 bungkus (1 kg) gula super, 59 bungkus (1 kg) gula kasar, 12 bungkus (1 kg) Milo, 24 bungkus (400 gram) Milo, sekotak kaki ayam beku (13kg), 32 peket sosej CCK Honey Chicken Franfruter dan sekotak 10 kg ikan kembung sejuk beku.

Tambahnya, kesemua barang-barang tersebut yang dianggarkan bernilai RM1,920 dirampas dan suspek turut ditangkap untuk siasatan lanjut.

Tegasnya, kesemua tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kes telah dirujuk dengan pihak KPDN Sri Aman dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," ujarnya.
Next Post Previous Post