Pantang ajal sebelum maut, pemandu sempat keluar dari kereta dipandu hilang kawalan lalu terbakar di Jalan Nyabau

BINTULU -- Berpantang ajal sebelum maut, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 39 tahun yang terselamat dalam kemalangan kendiri yang menyebabkan kereta dipandu di Jalan Nyalau terbakar petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4 petang itu, mangsa dikatakan sedang memandu di laluan berkenaan sebelum kereta Perodua Alza yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan terbakar.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Kidurong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan bagi menjalankan khidmat khas menyelamat mangsa serta memadam kebakaran yang berlaku," ujarnya. 
Sampai di lokasi, pasukannya bomba mendapati terdapat sebuah kereta yang terbalik sedang terbakar.

Pemandu kereta terbabit ujarnya bagaimanapun sudah berjaya keluar lari menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran yang berlaku dengan menggunakan satu aliran air yang mana bekalan air diperoleh dari pam jentera bomba.
"Setelah api berjaya dikawal, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak semula balik ke balai," jelas beliau.

Kebakaran yang berlaku turut memusnahkan 90 peratus komponen kereta terbabit.
Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post