KWSP kredit RM500 dalam akaun ahli

KUALA LUMPUR—Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan RM500 sekali bayar kepada ahlinya yang berumur antara 40 dan bawah 55.

KWSP memberitahu, insentif ini diperuntukkan kepada ahli yang mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 setakat 24 Februari 2023.

“Seramai 1.4 juta ahli KWSP menerima insentif berjumlah RM708 juta ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023.

“Ia bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur pesaraan untuk terus menyimpan serta mengukuhkan pengumpulan simpanan pesaraan mereka", kata KWSP dalam kenyataan.

Tambahnya, insentif ini juga sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan simpanan dan menyumbang kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.
Next Post Previous Post