Kantoi memandu mabuk

SIBU— Seorang lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Chennel di sini malam tadi.

Pemandu itu ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Sibu selepas ujian pernafasan dilakukan mendapati kandungan alkohol tinggi dalam badannya.

“Ujian menggunakan alat EBA II ke atas suspek mendapati kandungan alkohol yang melebihi had yang dibenarkan iaitu 137mg/100ml.

“Suspek kemudian ditahan dibawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut,” kata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam kenyataan hari ini.

Sabit kesalahan boleh didenda 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐦𝐮𝐦 𝐑𝐌𝟏𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 lima 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 lima 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧.

Sementara itu, seramai tiga pemandu menjalani saringan awal pemeriksaan dalam operasi membanteras pemandu mabuk di sekitar Sibu.

JSPT Kontinjen Sarawak mengingatkan para pemandu agar mematuhi undang- undang dan peraturan jalan raya berkenaan dengan isu pemandu mabuk.
Next Post Previous Post