25 kenderaan tinggal rangka

SRI AMAN— Sebanyak 25 kenderaan tinggal rangka dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel di Jalan Brayun, Taman Tiara di sini malam tadi.

Turut terbakar sebuah Toyota Hilux dan Proton Wira namun kebakaran hanya melibatkan 10 peratus manakala sebuah lagi kenderaan Perodua Alza terbakar 90 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 8.42 malam dan seterusnya menghantar jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke tempat kejadian.

“Lima kenderaan mempunyai perlindungan insurans kebakaran manakala 23 kenderaan tanpa insurans.

Sementara itu operasi malam tadi melibatkan 10 anggota termasuk EMRS selain lapan anggota polis dan Sesco.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan 28 kenderaan dan sebuah bengkel kereta yang musnah 10 peratus.

“Tindakan operasi dengan melakukan tindakan pemadaman bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran,” katanya.

Setakat ini pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan kerugian.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post