Jasad warga emas hilang sejak 4 hari lepas ditemui terdampar di pantai Tanjung Meludam, hanya separuh badan sahaja ditemui.

SARATOK -- Mayat seorang warga emas lelaki yang keluar rumah sejak malam Selasa lalu ditemui terdampar di pantai Tanjung Meludam oleh seorang nelayan pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan, sepasukan anggota dari BBP Saratok bergerak ke lokasi mayat dijumpai sejurus menerima panggilan pada jam 10.50 pagi.

"Sejurus itu, pasukan bomba dan PDRM termasuk pihak berkuasa yang lain bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan serta mengeluarkan mayat mangsa dari kawasan pantai terbabit,' jelas beliau.

Sampai di lokasi pada jam 11 pagi, pasukan bomba mendapati mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna yang mana hanya bahagian pinggang hingga ke kaki sahaja yang masih ada.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Beladin untuk pengesahan oleh ahli keluarga orang yang hilang pada jam lebih kurang 12.15 tengahari.

Pengecaman yang dijalankan oleh anak saudara mangsa mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai itu merupakan mayat bapa saudara mereka yang dilaporkan hilang dari rumah pada malam Selasa lalu berdasarkan seluar yang dipakai mangsa semasa keluar dari rumah dan bentuk kaki mangsa.

Dengan ini katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke-3 di Kampung Beladin telah ditamat sepenuhnya pada jam 12.45 tengagj hari atas arahan PDRM Betong.
Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post