Imigresen gempur premis makanan di Miri

MIRI— Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 37 warga asing dalam operasi Ops Selera di premis makanan sekitar bandar raya ini, pada Jumaat.

Dalam operasi itu, sepasukan pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak Bahagian Miri telah memeriksa 97 warga asing, menurut JIM Sarawak dalam satu kenyataan.

 “Daripada jumlah itu, 37 orang warga asing terdiri daripada 36 warga Indonesia dan seorang warga Filipina telah ditahan.

“Turut ditahan lapan warganegara Malaysia yang disyaki menggajikan warga asing tanpa pas kerja yang sah,” katanya.

Kenyataan itu menambah, kesemua tahanan warga asing tersebut ditahan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.
Next Post Previous Post