Hidup mewah jual barang tiruan secara ‘live’, suami isteri diberkas

NIBONG TEBAL— Hanya menawarkan bidaan serendah RM50 untuk produk tiruan berjenama terkenal melalui ‘live’ di media sosial, pasangan suami isteri mampu meraih pendapatan mencecah RM15,000 seminggu.

Antara jenama terkenal itu termasuk Louis Vuitton; Chanel; Christian Dior; Gucci; Yves Saint Laurent (YSL); Balenciaga dan Celine yang kesemuanya disyaki palsu.

Pasangan itu akan ‘live’ sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan setiap ‘live’ mampu menjana sehingga RM5,000.

Namun operasi itu yang berselindung di sebalik kediaman elit di Simpang Ampat di sini, hanya bertahan empat bulan sebelum ditumpaskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang.

Pengarah KPDN Negeri, S. Jegan berkata, serbuan itu dibuat hasil intipan selama seminggu susulan aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagang jenama terkenal terbabit.

“Siasatan mendapati barangan palsu jenama mewah itu dijual secara bidaan melalui ‘live’ serendah RM50, selain paling tinggi RM1,400 untuk satu produk,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Sebanyak 1,437 unit barangan termasuk beg tangan, dompet, gelang tangan, minyak wangi, tuala dan selimut yang menggunakan cap dagangan berdaftar dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM70,250.

Kesemua barang berkenaan diambil dari Guangzhou, China untuk pasaran tempatan. Turut ditahan dua pekerja yang sedang emunggah barang untuk dijual.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Sumber Gambar Utusan Malaysia
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.